RESEPI

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai ( dititik)
  • (Bahan Kisar)
  • *4 ulas bawang putih
  • *8 cili kering ( ikut suka kalau nak lebih pedas)
  • *1 inci kunyit hidup ( boleh guna kunyit serbuk juga)
  • *sedikit belacan
  • (Bahan Hiasan)
  • *1 biji tomato ( dibelah 4)
  • *2 batang kacang bendi ( potong ikut suka)
  • *sedikit gula, garam dan perasa
  • *sedikit air asam jawa dan air.

Cara-cara

  1. Bersih ayam dan potong kecil-kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, air asam jawa, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi apabila ayam separuh masak.
  5. Kemudian masak ayam sehingga masak sepenuhnya.
  6. Hidangkan dengan nasi putih yang masih panas.
  7. P/S : Ayam juga boleh digantikan dengan sotong atau isi ayam sahaja. Cubalah, anda akan rasa kenikmatannya.